Tuesday, July 13, 2010

Minta maaf?

Because she / he doesn't like that kind of atmosphere
He / She just wants to escape..
Without knowing why..
Just  "I'm sorry. I was wrong. "
"I won't do it anymore."

* tak suka orang macam ni, nama je minta maaf, tapi tak akan berubah *
I always laugh and people don't take me seriously

http://www.emocutez.com

Sunday, July 11, 2010

Sedih yang teramat sangat

Bile kite terlalu berharap, impian akan mudah musnah bile kite tak dapat seperti yang diimpikan

emoticon Pictures, Images and Photos

Friday, July 9, 2010

Untuk renungan semua orang Islam

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
Siapakah orang yang KEDEKUT ?Orang yang kedekut ialah orang yang membiarkan pesanan ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada orang lain.
 
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manfaat kepada manusia lain...        

Bacalah Surah Yassin Selalu

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan..

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.. .

8.. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya..

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10.. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya. .

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

*jangan lupa baca surah yassin nanti*

Sunday, July 4, 2010

Baru tenang jiwa ini

Pagi tadi pergi dengar ceramah kat surau
oleh seorang ustaz
best jugak dengar ceramah die sebab tak bosan dan banyak ketawa2 jugakla..
ustaz ni pandai buat lawak..i like
then masa sesi soal jawab
ada satu soalan ni..saya memang tertanya-tanya selama ni..
tapi tak cukup keberanian untuk bertanya sendiri..hmmm
saya berdoa dalam hati supaya soalan tu sama seperti apa yang saya nak tahu jawapannya..
apesal mcm kekok plak nk menulis hari..rs cm ayat skema jer

anyway..soalannya lebih kurang cmni

Soalan : adakah ibu bapa menderhaka pada anak-anak
Jawapan : selama-lamanya ibu bapa tidak akan menderhaka pada anak-anak walaupun ape jua yang mereka buat pada anak mereka

penerangan : mereka hanya berdosa pada Allah, tapi tak berdosa pada anak-anak, even kalau mak bapak yang buang anak kat tong sampah sekalipun, mereka hanya berdosa pada Allah sahaja.
anak tak ada hak untuk marah ibu bapa, walaupun kadang-kadang parents ada yang banyak wat anak die kecil hati dan sebagainya..semua yang anak die buat..semua tak kena..yang penting, mereka tak berdosa pada anak mereka

solution untuk anak-anak : berdoa mengharapkan ibu bapa menerima mereka seadanya...
berdoa sungguh-sungguh tau..bile dengar ustaz cakap macam ni..tibe-tibe hati rasa tenang dan gembira...
ada jalan keluar akhirnya..